| Kuliah Perubatan |
|
| Written by Nizam |
| Sunday, 31 August 2008 17:55 |
|
Perubatan Islam
Perubatan Islam maksudnya merawat penyakit mengikut kaedah Al-Quran dan Sunnah Rasullullah S.A.W. Firman Allah S.W.T "Dan apabila aku sakit Dialah(Allah) yang menyembuhkan".Penyakit sebenarnya makhluk yang diciptakan oleh Allah untuk menguji hamba-hambanya.Oleh itu penyakit datangnya dari Allah dan hanya Allahlah yang menghilangkan serta menyembuhkannya.Salah satu Asma' Allah adalah "Ad-Dhor" maknanya Yang Maha Memberi Mudhorat," An-Nafe' " maknanya Yang Maha Memberi Manafaat dan "As-Shafi " maknanya Yang Maha Penyembuh.Oleh yang demikian penyakit datangnya dari Allah pencipta sekian alam dan kesembuhannya juga datangnya dari Allah juga. Jadi di dalam ilmu perubatan Islam sebagaimana yang diwahyukan kepada Rasuluullah S.A.W dan Firman Allah S.W.Taala yang bermaksud: " Dan sesungguhnya Kami (Allah dan para malaikat) telah menurunkan Al-Quran sebagai Syifa (penyembuh) dan Rahmat kepada orang-orang Beriman...",melalui bukti/dalil inilah kita menjadikan Al-Quran sebagai perantara dan perintah Allah dalam merawat penyakit dan kesembuhannya itu sendiri daripada Allah S.W.Taala. Perubatan Kesufian Islam menerangkan penyakit atau kesihatan tubuh manusia bermula dari Ruhnya.Seorang yang sihat adalah seorang yang tidak memiliki penyakit-penyakit rohani yakni sifat-sifat mazmumah/tercela ( seperti; syirik,nifaq,riya,ujub,takabur,hubbud dunya,dll) dan juga tidak memiliki penyakit fizikal/lahiriah (seperti melakukan amalan mengikut hawa nafsu kerana hasutan syaitan,melakukan bid'ah dan perbuatan sia-sia dll). Di zaman kehidupan Rasullullah S.A.W dan Para Sahabat adalah merupakan zaman kemajuan perubatan Islam.Mereka merupakan pengamal-pengamal perubatan Islam yang paling pakar.Di zaman itu semua para sahabat dan sahabiah merupakan orang-orang yang sihat. Sumber kekuatan penyembuhan adalah Zat Allah.Allah merupakan Tabib Yang Haqiqi.Allah merupakan Zat Yang Maha Kuasa lagi Maha Kaya.Maha Mengetahuai lagi Maha Bijaksana.Maha Mendengar lagi Maha Melihat.Maha Menghidupkan lagi Maha Mematikan.Maha Pemelihara lagi Maha Gagah.Allah memiliki segala sifat kesempunaan.Jadi tumpuan kita hanya kepada Allah untuk memperolehi kesembuhan. Di zaman Rasullullah S.A.W semua jenis penyakit dapat disembukkan perantaaraan Al-Quran dan doa yang diajarkan oleh Rasullullah sendiri kepada para Sahabat R.Anhum. Ubai bin Kaab R.Anhu meriwayatkan " Sewaktu kami bersama Rasullullah S.A.W datang seorang badwi kepada baginda S.A.W seraya berkata:" Ya Rasullullah saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit."Baginda bertanya: "Penyakit apa "?Jawabnya: "Sejenis gila" Rasulullah S.A.W meminta orang tersebut membawa saudaranya kepada Baginda.Maka Baginda telah membacakan Ayat-ayat Al-Quran.Kemudian pesakit itu pun terus bangun dan pergi dari situ.Pesakit itu telah sembuh dari penyakitnya.
Sistem Tubuh Badan Manusia 1.Mata 2.Telinga 3.Kulit 4.Tulang,sendi dan otot 5.Saraf 6.Endoktrin 7.Darah 8.Kordiovascular 9.Pernafasan 10.Pencernaan 11.Perkumuhan 12.Pembiakan Masalah Kesihatan Berkaitan Mata 1.Rabun jauh ,dekat ,rabun malam dan buta warna 2. Katarak - penglihatan kabur 3.Ketumbit 4.Glaukoma 5.Keradangan dan jangkitan virus Masalah Kesihatan Berkaitan Telinga 1.Otitis Eksterna - keradangan atau sakit pada telinga luar 2.Otosklerosis - hilang keupayaan untuk mendengar yang berlarutan 3.Meniere - sindrom vertigo (kepala terasa berpusing atau keadaan sekeliling berputar) berdesing dan hilang kesimbangan Masalah Kesihatan Berkaitan Kulit 1.Jerawat 2.Gatal kulit atau elergi 3.Ekzema 4.Jangkitan fugus dan virus
Ubatan mengandungi unsur yang diharamkan di dalam Islam Ubat gelatin babi ditarik balikOleh IKHWAN IDERIS This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
KUALA LUMPUR - Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah mengarahkan syarikat pemegang pendaftaran ubat cirit-birit Imodium Capsule yang disahkan mengandungi unsur babi supaya menarik balik produk itu dari pasaran. Arahan tersebut dibuat selepas siasatan syarikat itu sendiri mendapati terdapat perubahan pada sumber gelatin yang digunakan oleh pembekal daripada bovine only source (lembu) kepada campuran lembu dan porcine (babi). Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A. Rahman berkata, pihak pembekal bagaimanapun tidak memaklumkan kepada pengilang dan pemegang pendaftaran ubat berkenaan mengenai perubahan dalam ramuan ubat tersebut. "Kami sudah meminta mereka tarik balik kesemua bekalan ubat itu dari pasaran dan mengemaskinikan label agar ia menepati ramuan yang digunakan,'' jelasnya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! di sini semalam. Kenyataan beliau itu adalah susulan kepada laporan Kosmo! Ahad pada 4 April lalu yang mendedahkan rasa tidak puas hati seorang pesakit, Datuk Mohd. Hanafiah Omar, 65, yang diberi ubat Imodium Capsule oleh kakitangan sebuah hospital swasta di Hulu Klang pada 29 Mac lalu tanpa memaklumkan ia mengandungi gelatin babi. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
| Last Updated on Sunday, 13 June 2010 14:27 |